Follow | Dashboard



Hi, welcome to my blog. Thankyou for stalking here. The entry of this blog had been update officially by me, Nurul Syifa. Enjoyed!
Loveyou ♥


This song dedicated to you.
Entry | About | Board | Credit


16 May 2013 :'( Hasbullah Ahmad Ziyadi
Assalamualaikum wbt. Semalam, 16 May 2013, kami dikejutkan dengan pemergian seorang lagi sahabat baik kami, Allahyarham Hasbullah bin Ahmad Ziyadi. Dia menghidap penyakit kanser since last year. Yes, memang dah lama :( dia muda, tapi dah diuji dengan ujian yang sangat berat oleh Allah S.W.T. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah dah aturkan yang terbaik untuk dia. Serious talk, pemergian dia suatu kehilangan! Classmates Eyfa semua cakap terasa sangat dengan pemergian dia. Especially yang rapat dengan arwah, termasuk Eyfa. Tak sangka arwah akan pergi secepat ni :'( yes, memang kitorang dah tahu yang dia dah teruk, but sumpah tak terlintas langsung arwah akan pergi dalam masa kitorang nak STPM next week :'( Ya Allah, sungguh berat ujianMu ini Ya Allah.

Semalam dekat sekolah kitorang ada buat sambutan Hari Guru. Yes, semua happening. Sampailah waktu persembahan and anugerah untuk guru-guru. Mama kitorang, Puan Norhayati menang anugerah Guru Perempuan Paling Bergaya :) tengah syok bersembang, kitorang nampak Mama Yati lalu, kitorang saje lah nak panggil sebab nak cakap tahniah. Tetiba nampak muka Mama Yati serious, "Dengar sini, kamu tau tak kawan kamu Hasbullah dah takde". Ya Allah! Tuhan jela tahu apa dalam kepala Eyfa masa tu. Memang tak boleh tahan dah, menangisssssssssssss! Semua classmate Eyfa yang ada kat situ menangis. Sebak wehh! Yang budak kat situ usha je kitorang. Serious masa tu tak ingat apa dah. Dalam hati Eyfa, terkilan sangat sebab tak sempat nak ziarah dia. Selama dia ada kat hospital, sekali je Eyfa ziarah dia. Yelah, mana ada transport nak pergi sana. Kawan-kawan yang ada transport and yang dah ada lesen tu boleh lah pergi. Hm, sumpah terkilan :'( airmata ni macam tak boleh stop. Tambah-tambah his GF, my bff too. Lagi lah, menangis tak berhenti. Sampai tak boleh nak cakap apa :( lepas tu, kitorang dah tak ambik port langsung pasal apa yang jadi kat atas pentas tu.

Dalam kepala ni, "Abu, kenapa pergi secepat ni?" "Mana coklat aku, Abu? Cakap nak bagi" Semua yang dia pernah cakap, cara dia ketawa, suara dia, cara dia berjalan. Semua Eyfa teringat balik :'( teringat semua kenangan dengan dia dulu. Masa dia mula-mula masuk sekolah. Masa dah mula rapat dengan dia. Masa tersuka dia (but tak tunjuk). Masa jealous tengok dia rapat dengan classmate lain (Muni je tahu pasal ni). Masa dia pernah confess dia suka Eyfa (even benda tu tak betul) Sumpah rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu! :'( first time Eyfa rasa macam ni. Semua apa yang dia cakap, terngiang kat telinga ni.

Abuu, dulu kita selalu tak layan kamu. Kamu IM kita tak layan sangat. Kamu mesej kita tak pernah reply. Tahu sebab apa? Sebab kamu bf orang. Masa tu kamu couple dengan budak plkn tu. Kamu pernah cakap nak mainkan gitar and keyboard untuk kita kan? Tapi kamu tak mainkan pun :( kamu tipu kitaaa :'(  kita nak coklat cadbury yang kamu janji nak bagi tu, tapi kita tak dapat lagi. Takpe lah :( Abu, maaf sebab tak tolong kamu mesej perempuan yang selalu kacau kamu tu. Kita takut nak kacau hal orang :( thanks sebab tolong kita masa kita kena kacau dengan budak form5 last year. Terima kasih sebab backup kita. Terima kasih sebab selalu sedarkan kita pasal 'jangan cepat percayakan lelaki'. Terima kasih sebab pernah ambil berat pasal kita duluuu. Terima kasih sebab pernah ajar kita BM. Terima kasih sebab shared topup RM2 kat kita haritu :( Terima kasih sebab pernah jadi kawan lelaki yang terbaik untuk kita. Terima kasih terima kasih terima kasih! Abu, kita nak mintak maaf sebab tak sempat nak ziarah kamu kat hospital haritu. Kita pernah ziarah sekali je. Kamu pernah suruh kita ziarah kamu kan? Kita takde transport nak pergi. Maaf! :'( Maafkan kami semua sebab pernah buat kamu sakit hati dulu, kami harap kamu dah maafkan :( Yes, kita tahu kamu takkan boleh baca ni. Tapi dengan cara ni, kita dapat luahkan sedikit perasaan kita yang terpendam ni :'( Ingat tak masa kamu cakap yang kamu nyaris tak mati accident haritu? Ingat tak masa kamu cakap "You dah pijak hati I. You dah pijak hatiiiiii ni" Abu, kita tak boleh termenung. Bila termenung je, mesti ingat kamu :( mata ni akan berair je bila ingat kamu, tengok gambar kamu. Even tengah type ni pun kita menangis Abu :'( masa baca Yaasiin nangis. Taktau lah :'( Kami semua rindu kamu Abu! Kami semua sayang kamu. Satu lagi perkara yang buat kita terkilan, kita takde pun gambar dengan kamu :( dulu, kita malu dengan kamu. Sebab? Kamu tahu sebab apa kan? :-) Kita rindu nak tengok jam merah kamu, handphone xperia kamu. Dulu kamu pernah cakap nak bagi kita guna phone tu, tapi.... hm :( now kita pakai xperia jugak. Abu, kamu cakap nak beli Xperia Z kan? Kamu nak sangat handphone tu. Tapi kamu tak sempat beli :( takpe Abu, kalau kita ada duit, kita beli. Kita akan pakai phone tu sampai ke akhir nafas kita. Kita rindu nak tengok kamu naik Kawasaki Ninja RR kesayangan kamu tu. Rindu nak pegang glove kamu, rindu nak kena kacau dengan kamu. Rindu nak dengar kamu cakap 'syifa, jgn couple dengan sape-sape pun'. Rindu nak tengok kamu buat muka kesian, rindu nak tengok kamu merajuk dengan kita. Rinduuuuuuuuuuuu! :'( Ya Allah. Abu, kami selalu doakan kesejahteraan kamu kat sana. Kami takkan pernah lupakan kamu! 10 Ogos ni birthday kamu yang ke-19 :( last year kamu pernah suruh kitorang celebrate kan? Ingat tahun ni dapat, tapi.............. Harap kamu tenang kat sana. Allah lebih menyayangimu Hasbullah :( We love youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! :'(

Dah selesai baca? Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah :'(


Dalam kenangan 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

*Rindu nak dengar arwah panggil Eyfa BUDAK KECIK! :'(

ABU! KITA RINDU KAMUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU! :'(



Older post