Follow | Dashboard



Hi, welcome to my blog. Thankyou for stalking here. The entry of this blog had been update officially by me, Nurul Syifa. Enjoyed!
Loveyou ♥


This song dedicated to you.
Entry | About | Board | Credit


My stories :-)
Assalamualaikum. Ada orang tak? Hehe, thanks sebab setia baca blog yang tak seberapa ni :-) Yeay! Cuti penggal dah start! Hehe. Harini dah hari selasa :( cepat je masa berlalu. Isnin minggu depan dah nak sekolah. Alahaiiiiii :'/ Kat sini Eyfa nak story, jumaat lepas ada kem. Kem ni khas untuk student yang akan exam PMR, SPM and STPM. Kem ni kena tidur kat sekolah 3 hari 2 malam. But sayangnya, Eyfa tak dapat join :( serious sedih. Eyfa nak sangat join kem tu sebab masa ni lah dapat spend time dengan kawan-kawan. Tapi nak buat macam mana kannnn. Hari sabtu tu Eyfa terpaksa ikut abah pergi Pahang sebab kakak saudara Eyfa nak kahwin. Dia anak bongsu arwah abang abah. So, semua sepupu-sepupu akan turun :-) Kitaorang sampai Pahang dalam pukul 6 petang. Tau tak kitaorang gerak dari rumah pukul berapa? Pukul 10 pagi :3 tengok ah berapa lama duduk dalam kereta tu. Naik kematu -.- Kitaorang pergi Pahang ni berlima je. Adik yang bongsu, Hakim tak pergi sebab abah nak ajak Haikal. Abah tak larat nak drive, so harapkan Haikal jela yang ada lesen. Hehe :D

Yang nak kahwin ni sepupu kesayangan Eyfa tau. Dia panggil Eyfa 'adik' :-D hehe. Ni gambar dia. Ni je yang Eyfa sempat ambik. Tengok lah ;-)

Nikah



Sebelah perempuan *my cousin*


Sebelah lelaki :-)

Cantik kannnn? :'( Sweet tak? Hehe. Dorang kawan dah lama. Nak dekat 6 tahun dah kot. Alhamdulillah, finally dorang kahwin jugak. Hope kekal hingga ke Jannah :-D nama pengantin lelaki tu Amir Syafiq. Nama kakak saudara Eyfa tu, Nurazliema. But kitaorang panggil kak Ema je :) 

After habis kenduri tu, kitaorang pergi Tembangau 2 pulak, nak melawat ayah ngah. Ayah ngah ni abang kepada mak. Dia sakit :'( kitaorang sampai sana dalam pukul 5petang macam tu. Sampai je sana, ayah ngah suruh tidur sana. Dan kitaorang pun tidur lah sana. Malam tu borak sakan lah dengan ayah ngah. Tapi mata ni memang dah tak boleh tahan, berat gila. Serious tak tipu. Lepas tu, Eyfa masuk lah bilik. Letak je kepala, terus lelap. Nampak tak betapa letihnya kitaorang masa tu. HAHA :D pagi esoknya, kitaorang gerak nak pergi Negeri Sembilan pulak. Rumah kakak Eyfa :-) nampak tak betapa banyaknya destinasi kitaorang? Haha :'3 masa ontheway nak pergi rumah angah tu, Eyfa dengan adik takde kerja. So, kitaorang ber-snapping dalam kereta tu. HAHA :D dah boring sangat kan -.- ni antara pic yang sesuai untuk di-share. Hehehe





Lepas tu, tetiba pulak Eyfa rasa macam rimas pakai tudung bawal tu. Then boleh pulak Eyfa bukak sit belakang semata-mata nak ambik shawl dalam bag :3 tukar tudung dalam kereta je. HAHA *tu pun nak cerita ke* :p nak tengok? Ni haaa, after tukar tudung ~


Mak kat sebelah Eyfa pun dah tak kisah dah apa yang kitaorang adik-beradik buat. Sebab mak tau yang kitaorang boring. HAHA. Then kitaorang sampai ke rumah angah dalam pukul 1 lebih jugak lah. Habis je makan, tidur, mandi, rehat-rehat jap. Kitaorang gerak balik Perak. Sampai Perak dalam pukul 4 petang camtu. Tapi, tau kitaorang sampai rumah pukul berapa? Pukul 8 baq hangggg! Lambat tak? Ni semua disebabkan accident dekat Chemor. Jammed teruk weh :3 hampir 4jam terkandas. Yang kitaorang dalam kereta tu nak masuk toilet, semua ada. Pelik jugak lah, apa yang accident kat depan tu :3 lama sangat -.- sampai abah cakap 'pokok tumbang kot'. Haikal cakap, 'bulan jatuh kot'. Aku pulak cakap, 'gajah melintas kot'. Yang penting semalam memang kelakar lah. Abah yang serious tu pun boleh bantai buat lawak. HAHAHA. K memang happening lah masa tu. Paling bengang, kereta-kereta yang kat belakang kereta kitaorang tu, tak reti nak bersabar. Macam diaorang je nak cepat. Actually, manusia-manusia yang tak bersabar tu lah yang menyebabkan jammed semakin teruk :3 Eyfa and adik dalam kereta tu dah bising-bising dah sebab bengang dengan manusia-manusia yang takde sifat sabar tu. Banyak lagi peristiwa yang kelakar jadi masa dalam kereta tu, tapi biar jela rahsia. HAHAHA

Masa kereta dah boleh gerak, kitaorang excited lah nak tengok apa yang accident sampai lama sangat kitaorang terkandas kat situ. Sampai-sampai je kat tempat yang banyak kereta polis tu, kitaorang tak nampak apa pun -.- satu kesan accident pun takde. Yang kitaorang nampak, bebudak lelaki lepak tepi jalan tengok kereta lalu lalang. Yang polis pulak syok bersembang. Macam tak best pulak sebab taktau apa yang accident :3 tapi takpe lah. Kitaorang pun pecut lah nak sampai rumah cepat. Then berhenti kat petrol pum kejap sebab kereta dah kering. Kesian kereta. Sampai kering minyak akibat jammed tu. Sampai je petrol pum, semua kelam kabut nak masuk toilet. Especially, my mom. Kitaorang buat toilet tu macam toilet kitaorang je. Eyfa siap jerit 'Weh kakcik, ambik tisu kat dalam kereta jap' 'Takde sabun ke weh!' Yang mak pulak 'Mana pam ni' 'Sakitnya perut'. HAHAHA :D tetiba adik Eyfa cakap 'kakyong!' Masa tu Eyfa dah dapat agak ada orang kat luar tu. Keluar-keluar je, ada sorang aunty tu dengan muka masamnya -.- k malu sangat masa tu. Memang kampung habis lah malam tu. Malu ke apa ke memang dah tak ingat dah. Macam adik Eyfa cakap 'sifat malu kakcik dah tertutup malam ni' HAHAHA, pun boleh lah :3

Lepas tu, sampai Sungai Siput abah suruh ambik duit pulak kat Public Bank. K Eyfa malas sangat sebab dekat dengan tempat my ex kerja. Keluar je kereta, yes tudiaaaa! I found him. Haha :3 dengan selamber badak Eyfa keluar kereta macam tak nampak apa-apa. Dalam hati 'nasib baik aku tak pakai baju malaysia. asal lah mesti nak sama je. nasib baik' Perasan tak gambar atas tu Eyfa pakai baju Malaysia? Yes, hari yang sama lah. SEMALAM! But nasib baik lah masa kat rumah angah, Eyfa tergerak nak tukar baju. Kalau tak, sama lagi dengan dia. Fughhh :3 Tiba-tiba!!!!! Mak: 'Kakyong, beli burger jap'. K memang Eyfa buat tak dengar je then cakap 'ala mak, kat temin ada'. Then kitaorang pun pergi beli kat temin. The End :D

p/s: Motif cerita ni di-update? Takde apa pun. Saje je sebab tengah bosan. After this memang takde peluang dah nak usha blog ni. Sebab? Busy dengan kerja sekolah yang bertimbun :3 wish me luck for PBS! :D thankyou :-*



Older post / Newer post